Sehebat mana kita, atau sejauhmana cemerlang kita....janganlah kita selalu menganggap diri kita sentiasa LEBIH!!!!!!
Kita  diciptakan oleh maha Pencipta iaitu Allah s.w.t di dunia ini adalah  untuk saling bantu-membantu.kita ibarat seperti jari-jari tangan kita,  ada yang panjang, ada yang pendek..ada yang kecil, ada yang besar.  Setiap satu masing-masing mempunyai peranan untuk kita mengambil atau  memegang makanan. Oleh itu jika hilang satu di antara jari kita, maka  agak sukarlah kita mengambil makanan...begitulah ibaratnya kita  masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri..bukan sentiasa lebih  daripada orang lain.
Terdapat beberapa panduan yang  digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan  angkuh sementara berada di muka bumi Allah ini.
1. Jika  berjumpa dengan kanak-kanak , anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia  daripada kita. Ini kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa,  sedangkan kita entah berapa banyak berdosa sesama manusia dan kepada  Allah s.w.t.
2. Bila bertemu dengan orang yang lebih tua,  anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana mereka sudah lama  beribadat dan sudah banyak pengetahuan dan pengalaman daripada kita.
3.  Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada  kita. Ini kerana dia mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari dan  diketahui daripada kita.
4. Bila melihat orang yang  jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia membuat  dosa dalam keadaan dia jahil. Sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan  kita mengetahuinya.
5. Jika melihat orang yang jahat,  janganlah anggap kita lebih mulia daripada dia. Ini kerana mungkin suatu  hari nanti dia akan menyesal dan insaf serta bertaubat atas  kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir,  katakan dalam hati kita bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan  diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Agama Islam. Maka segala  dosanya akan diampunkan oleh Allah...sedangkan kita..
 
No comments:
Post a Comment